Friday, 22 August 2014

Warna Yang CONFIRM Cun Untuk Rumah Anda..!

Warna Yang CONFIRM Cun Untuk Rumah Anda..!

     Selalunya warna putih adalah warna utama yang akan dipilih oleh semua orang bila bercakap tentang memilih warna cat. Ini adalah kerana warna putih lebih selamat dan sesuai dengan semua jenis perabot di rumah.  Akan tetapi setiap orang pasti ingin mencuba warna yang berbeza.

Disini saya kongsikan warna-warna yang selamat untuk ruang dalaman atau luaran rumah anda.


walden white
     Kebanyakan pemilik rumah gagal melihat pilihan warna ini. Ia seakan putih,warnanya seakan gading gajah yang lebih kepada kemerahan sedikit. warna berona ini amat sesuai dalam memantulkan cahaya dari sinaran matahari dan menjadikan ruangan dalaman anda nampak lebih semulajadi dan cerah.

     Warna palet ini amat sesuai kepada mereka yang tidak ingin mengambil risiko dengan menggunakan warna yang lebih selamat. Amat sesuai untuk ruangan yang memerlukan banyak cahaya semulajadi seperti di dapur atau di bilik mandi.




Cerulean
     Biru terkenal dengan sifat kemesraan atau pepatah inggeris sebagai Conversation Starter. Jika anda ingin memilih warna sejuk seperti ini, sesuaikan dengan perabot yang berwarna lebih mesra alam seperti putih atau warna perabot yang lembut. Ini menjadikan ruang dalaman anda nampak lebih tersusun dan moden.

     Jika anda tidak yakin dengan warna seperti ini, mulakan mengecat di bahagian ruang yang kecil dahulu seperti bilik tidur atau di lorong di dalam rumah.





Silhouetter Gray
     Tona kelabu kebiasaanya bersifat hambar dan sejuk.Tetapi jika digunakan dengan baik,warna kelabu mampu menonjolkan sifat monokromatik dan moden. Gunakan kelabu dengan selingan warna krim atau turunkan tona lembut dan cerah seperti putih. Jika anda berani.. gunakan kelabu lembut dengan kelabu yang lebih garang untuk dapatkan tona warna yang timeless ataupun melampaui zaman..

     Bagi mewujukkan suasana yang selesa dan mesra kepada penghuni rumah.cuba gunakan tona kelabu lembut di kawasan dimana anda habiskan masa bersama-sama samada di ruang istirehat atau di ruang dapur dan pejabat rumah.





Clear Day
     Warna cerah yang seakan-akan hijau ini tampak cantik dan sesuai untuk ruang yang memerlukan perhatian anda. Warna ini bersifat kemesraan dan amat sesuai untuk setiap ruang dalaman rumah anda. Cuba anda gunakan warna ini di ruang tamu, pasti akan lebih menarik.






Happy Tunes
     Ransangkan deria anda dengan tona aprikot keemasan yang manis dan lembut ini. Nada dasar kuning ini menaikkan suasana ceria dalam masa yang sama lebih elegant dan tenang untuk sidia yang aktif dan sopan.
Tona seperti ini menampakkan ruang kecil anda lebih besar dan selesa. Cuba warna ini di kamar bilik mandi anda dan dengan bantuan cahaya semulajadi,kamar bilik mandi anda pasti lebih anggun dan bergaya.





Affogato
     Kaya dengan warna coklat terang membuatkan ruang tamu anda nampak lebih bergaya. Warna ini memberikan lebih teksure dan tampak menambah ruang dalam di ruangan tona ini. Amat sesuai digayakan di ruang yang besar seperti ruang tamu atau bilik makan juga sesuai untuk bilik tidor untuk suasana tenang dan bergaya.



Image credit to :  Ikea  Houzz  HomesDir  Anotame  Decora Hoy