Wednesday, 20 August 2014

Tips Mengelak Kes Penculikan

                                                                                                                                    foto: metro ( lakonan semula )

Menjak dua menjak nih bnyak sangat kes-kes penculikan berkaitan dengan kanak-kanak masuk lam paper dan media lain. Benda2 macam nih semua bagi pening kepala mak pak. Sory arini xdan nak berbahasa baku. ketaq2 dok type sebab nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati ni. bukan kes kecik kehilangan budak2 ni.. ni melibatkan nyawa..

Zaman la nih nak jadi ibubapa bukan mudah. Nak jaga anak sorang time p shopping pun jenuh.. ngan ramai orang.. dari ataih nampak kepala ja.. bila budak dah hilang orang pertama yang dipersalahkan adalah ibubapa sendiri la.. time tu la kuaq ayat.. mak bapak jenis pa nih anak pun x reti nak jaga.. ha tudia..

"Awat boleh hilang?? mak pak jenis pa hangpa nih??"

kat sini EP nak bagi tips dan panduan skit bagaimana nak mencegah daripada anak hilang atau kena colek.. tips nih pun bukan jaminan pun anak hangpa x hilang.. tapi sekurang-kurangnya pencegahan awal lebih kurang mcm tu la.

DIDIK ANAK-ANAK :-

1 - Dari kecik g cuba ajaq anak-anak untuk mengenal nama ibu bapa. try ajaq skit pun jadi la.. bagi dia tau sebut pun xpa..
2 - Bila dah besaq skit ajak anak-anak bagi depa ingat alamat rumah ka.. nama taman ka.. nama kampung ka.. no rumah ka.. xpun nak lagi power ajaq anak-anak jalan balik rumah.. masuk kot mana. trafik light no brapa..pandai2 la hat tu.. kalau la nih kan budak2 dah advance.. suruh depa hafal no koordinat rumah.. hahahaha.. dashat anak sapa no bleh hapai hat tu.. heheh
3 - Hat ni penting.. ajaq anak-anak supaya jalan pimpin tangan masa dok jalan kot luaq.. bila depa lepaih tangan ka.. suruh depa pegang balik tangan mak pak...
4 - Ajaq anak-anak supaya jangan mudah panik..
5 - Ajaq anak2 supaya reyau kuat2 kalau ada emergency atau makpak x jmpa.. supaya dapat tarik perhatian orang ramai.. biaq malu skit xpa.. janji hangpa tau anak2 hangpa dok mana..

DIDIK DIRI SENDIRI..!
1. Makpak pun ada peranan penting jugak.. bila bawak anak2 keluaq rumah.. kalau anak ada lebih dari sorang.. bagi depa pakai baju kaler hat terang benderang skit.. bagi lain dari budak2 len.. senang nak cam dari jauh.. kalau boleh pakai baju yang sama warna atau corak dengan baju anak2.. senang nak buat rujukan kalau tetiba terlepas ka kan..
2. Mak pak tak digalakkan untuk bawak lebih dari satu beg. kalau dah anak berceretet tu hangpa jangan la dok bawak beg coach ka..gucci hat meleret2 besaq tu.. nak melawa pa g aih dah anak pun berceretet kan.. lain la hangpa ada pengasuh hat dok bayaq duit habuan nak jaga anak hangpa time dok jalan2 kat luaq.. hehe.. ( hat tu jangan nak amai sangat na.. )
3. Mak pak jugak kena la pandai bahagi tugas time dok kat luaq tu.. time mak nak p tngok handbag ka.. pesan kat pak siap2.. tolong tngok anak 5 minit na.. ( selalu lebih la.. pompuan la katakan.. kikikiki ) time pak plak x kalut sangat.. bukan dia ada pa pun nak beli.. spender pun lalu kot celah tu truih gawang tangan mana hat dan gapai ja amek truih p kat kaunter bayaq.. ( saya memerlukan masa yang agak lama kerana saya seorang selebriti yang mementingkan penampilan.. ( tok wan hang jaga penampilan.. !! )



     Selain itu juga.. banyak pihak yang patut bertanggung jawab dalam memastikan setiap tempat adalah tempat yang selamat,shopping mall ka boh bnyak skit cctv. Sekolah pun sama.. jadikan sekolah itu adalah tempat yang selamat untuk anak2 kita.

     Tempat2 mengasuh budak pun sama jugak. kena ada plan keselamatan anak2 yang dijaga la.. sentiasa kena berjaga2 jngan dok bagi budak2 main kat luaq ka sngt ka.. kalau nak main pun sentiasa ada pengawasan.

     Masyarakat pun bertanggungjawab dalam memastikan kes2 penculikan atau kehilangan anak ni dapat dibendung. Masyarakat kena la prihatin kalau nampak kejadian yang mencurigakan.. kalau takut nak p hentam orang yang nak culik tu ka.. sekurang2nya amek la no plat keta ka.. amek gambaq ka.. amek video ka.. atau paling kurang pun tipon la polis bagitau.

     Abang2 polis yang bergaya pun sama jugak kena main peranan dalam mengetatkan kawalan di kawasan2 yang ada bnyak budak2 nih.. taman permainan ka.. sekolah2 ka.

Tu ja la nak habaq mai kat hangpa semua.. sama2 la kita menjaga dan membendung kes2 penculikan yang amat merungsingkan kepala semua orang skrg nih.. kesian oo bila tiap2 hari dok tngok orang post kat fb pasai kes penculikan nih.. xleh bayang mcm mana perasaan mak pak yang kena.teriak kuaq darah oi.. Sekian terima kasih.. :)

-matlapan-

No comments:

Post a Comment