Tips Dalam Memilih Warna Cat Untuk Rumah Anda
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Walaupun Hari Raya telah berlalu lebih 2 minggu, tetapi tempahan untuk servis cat tak pernah putus, sememangnya deko-deko xkan habis selagi anda ada otak yang kreatif dan sentiasa mementingkan keindahan dan keselesaan. :)
Kali ini, EP nak kongsi skit ilmu dalam memilih warna cat yang sesuai dengan anda.
Untuk bukan beragama islam, pemilihan warna banyak ditentukan oleh feng shui dimana setiap warna mempunyai fungsi masing-masing dan atas tujuan yang tersendiri seperti murah rezeki dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Pertama - pastikan siap sisi ruang yang hendak dicat.Adakah anda mahukan warna yang sejuk atau yang panas. Ini adalah merujuk kepada mood yang anda inginkan. Warna panas biasanya merujuk kepada warna MERAH,OREN dan KUNING TERANG. Mood panas sebigini biasanya bertujuan untuk menaikkan mood aktif anda. warna begini tidak sesuai untuk digunakan untuk ruang yang memerlukan anda untuk konsentrasi kerana warna sebegini akan mengganggu mood anda untuk memberi tumpuan contohnya seperti di bilik bacaan. Warna terang biasanya digunakan untuk ruang aktif dan lebih ceria penggunaan ruang tersebut. Untuk warna yang mood sejuk biasanya merujuk kepada warna lembut seperti warna hijau, unggu dan biru. Warna sebegini untuk menaikkan mood santai dan bersenang-senang anda setelah pulang dari kerja atau anda memerlukan sedikit keamanan. warna lembut mood sejuk ini amat sesuai untuk digunakan di
ruang yang santai seperti di ruang tamu, bilik tidur dan bilik bacaan. untuk bilik anak-anak disarankan menggunakan warna terang kerana sesuai dengan umur mereka yang suka berekplorasi dan sentiasa aktif.
Kedua - luangkan sedikit masa untuk meninjau persekitaran dalam rumah anda di ruang yang anda inginkan jalankan dekorasi. Ambil perhatian akan warna lantai,warna karpet utama warna perabot dan lain-lain. Pastikan warna yang anda pilih bersesuaian dengan warna barangan tersebut. Boleh dapatkan nasihat pakar samada ambil gambar ruang tersebut dan bawa ke kedai cat. Boleh juga emailkan gambar ruang rumah anda dan kami boleh beri sedikit bantuan dalam memilih warna yang sesuai untuk anda. :)
Ketiga - warna juga memainkan peranan dari segi dimensi. penggunaan warna yang salah akan menyebabkan mesej yang hendak disampaikan kurang jelas. Contohnya ruang yang sempit kalau dicat dengan warna yang gelap akan menyebabkan ruang akan lebih kecil . Oleh yang demikian tujuan penggunaan setiap ruang mesti dipastikan terlebih dahulu. Untuk ruang yang sempit lebih sesuai dengan warna yang cerah supaya ruang tersebut nampak luas dan tidak menyesakkan.
Keempat - Sebelum membeli cat, dinasihatkan supaya pengguna jangan membeli dalam kuantiti yang terlalu banyak. Cat di katalong dan hasil yang sebenar kadang-kadang amat berbeza. katalog biasanya menggunakan kertas jenis lincin dan warna yang kita lihat di katalog selalunya akan lari sedikit dari apa yang kita lihat. Cuba beli dengan kuantiti yang sedikit dahulu dan cuba cat di satu bahagian dan lihat kesesuaian cat dengan pilihan yang telah dibuat. PENTING!, apabila membeli cat di kedai, pastikan anda dapatkan kod warna cat setiap kali membuat pembelian bagi memastikan anda tidak tersalah beli cat dikemudian hari apabila cat yang dibeli tidak mencukupi atau ingin menambah kuantiti cat.
Kelima - Tips yang terakhir adalah sila pastikan dinding feature atau dinding utama dalam ruang yang anda hendak cat. Kebiasaannya dinding utama adalah warna komplemen atau warna yang lebih terang/gelap dari dinding yang lain di sekelilingnya.
Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman di atas.
Free to Comment and free to share.. peace..! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment