Friday, 22 August 2014

Warna Yang CONFIRM Cun Untuk Rumah Anda..!

Warna Yang CONFIRM Cun Untuk Rumah Anda..!

     Selalunya warna putih adalah warna utama yang akan dipilih oleh semua orang bila bercakap tentang memilih warna cat. Ini adalah kerana warna putih lebih selamat dan sesuai dengan semua jenis perabot di rumah.  Akan tetapi setiap orang pasti ingin mencuba warna yang berbeza.

Disini saya kongsikan warna-warna yang selamat untuk ruang dalaman atau luaran rumah anda.


walden white
     Kebanyakan pemilik rumah gagal melihat pilihan warna ini. Ia seakan putih,warnanya seakan gading gajah yang lebih kepada kemerahan sedikit. warna berona ini amat sesuai dalam memantulkan cahaya dari sinaran matahari dan menjadikan ruangan dalaman anda nampak lebih semulajadi dan cerah.

     Warna palet ini amat sesuai kepada mereka yang tidak ingin mengambil risiko dengan menggunakan warna yang lebih selamat. Amat sesuai untuk ruangan yang memerlukan banyak cahaya semulajadi seperti di dapur atau di bilik mandi.




Cerulean
     Biru terkenal dengan sifat kemesraan atau pepatah inggeris sebagai Conversation Starter. Jika anda ingin memilih warna sejuk seperti ini, sesuaikan dengan perabot yang berwarna lebih mesra alam seperti putih atau warna perabot yang lembut. Ini menjadikan ruang dalaman anda nampak lebih tersusun dan moden.

     Jika anda tidak yakin dengan warna seperti ini, mulakan mengecat di bahagian ruang yang kecil dahulu seperti bilik tidur atau di lorong di dalam rumah.





Silhouetter Gray
     Tona kelabu kebiasaanya bersifat hambar dan sejuk.Tetapi jika digunakan dengan baik,warna kelabu mampu menonjolkan sifat monokromatik dan moden. Gunakan kelabu dengan selingan warna krim atau turunkan tona lembut dan cerah seperti putih. Jika anda berani.. gunakan kelabu lembut dengan kelabu yang lebih garang untuk dapatkan tona warna yang timeless ataupun melampaui zaman..

     Bagi mewujukkan suasana yang selesa dan mesra kepada penghuni rumah.cuba gunakan tona kelabu lembut di kawasan dimana anda habiskan masa bersama-sama samada di ruang istirehat atau di ruang dapur dan pejabat rumah.





Clear Day
     Warna cerah yang seakan-akan hijau ini tampak cantik dan sesuai untuk ruang yang memerlukan perhatian anda. Warna ini bersifat kemesraan dan amat sesuai untuk setiap ruang dalaman rumah anda. Cuba anda gunakan warna ini di ruang tamu, pasti akan lebih menarik.






Happy Tunes
     Ransangkan deria anda dengan tona aprikot keemasan yang manis dan lembut ini. Nada dasar kuning ini menaikkan suasana ceria dalam masa yang sama lebih elegant dan tenang untuk sidia yang aktif dan sopan.
Tona seperti ini menampakkan ruang kecil anda lebih besar dan selesa. Cuba warna ini di kamar bilik mandi anda dan dengan bantuan cahaya semulajadi,kamar bilik mandi anda pasti lebih anggun dan bergaya.





Affogato
     Kaya dengan warna coklat terang membuatkan ruang tamu anda nampak lebih bergaya. Warna ini memberikan lebih teksure dan tampak menambah ruang dalam di ruangan tona ini. Amat sesuai digayakan di ruang yang besar seperti ruang tamu atau bilik makan juga sesuai untuk bilik tidor untuk suasana tenang dan bergaya.



Image credit to :  Ikea  Houzz  HomesDir  Anotame  Decora Hoy 

Wednesday, 20 August 2014

Tips Mengelak Kes Penculikan

                                                                                                                                    foto: metro ( lakonan semula )

Menjak dua menjak nih bnyak sangat kes-kes penculikan berkaitan dengan kanak-kanak masuk lam paper dan media lain. Benda2 macam nih semua bagi pening kepala mak pak. Sory arini xdan nak berbahasa baku. ketaq2 dok type sebab nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati ni. bukan kes kecik kehilangan budak2 ni.. ni melibatkan nyawa..

Zaman la nih nak jadi ibubapa bukan mudah. Nak jaga anak sorang time p shopping pun jenuh.. ngan ramai orang.. dari ataih nampak kepala ja.. bila budak dah hilang orang pertama yang dipersalahkan adalah ibubapa sendiri la.. time tu la kuaq ayat.. mak bapak jenis pa nih anak pun x reti nak jaga.. ha tudia..

"Awat boleh hilang?? mak pak jenis pa hangpa nih??"

kat sini EP nak bagi tips dan panduan skit bagaimana nak mencegah daripada anak hilang atau kena colek.. tips nih pun bukan jaminan pun anak hangpa x hilang.. tapi sekurang-kurangnya pencegahan awal lebih kurang mcm tu la.

DIDIK ANAK-ANAK :-

1 - Dari kecik g cuba ajaq anak-anak untuk mengenal nama ibu bapa. try ajaq skit pun jadi la.. bagi dia tau sebut pun xpa..
2 - Bila dah besaq skit ajak anak-anak bagi depa ingat alamat rumah ka.. nama taman ka.. nama kampung ka.. no rumah ka.. xpun nak lagi power ajaq anak-anak jalan balik rumah.. masuk kot mana. trafik light no brapa..pandai2 la hat tu.. kalau la nih kan budak2 dah advance.. suruh depa hafal no koordinat rumah.. hahahaha.. dashat anak sapa no bleh hapai hat tu.. heheh
3 - Hat ni penting.. ajaq anak-anak supaya jalan pimpin tangan masa dok jalan kot luaq.. bila depa lepaih tangan ka.. suruh depa pegang balik tangan mak pak...
4 - Ajaq anak-anak supaya jangan mudah panik..
5 - Ajaq anak2 supaya reyau kuat2 kalau ada emergency atau makpak x jmpa.. supaya dapat tarik perhatian orang ramai.. biaq malu skit xpa.. janji hangpa tau anak2 hangpa dok mana..

DIDIK DIRI SENDIRI..!
1. Makpak pun ada peranan penting jugak.. bila bawak anak2 keluaq rumah.. kalau anak ada lebih dari sorang.. bagi depa pakai baju kaler hat terang benderang skit.. bagi lain dari budak2 len.. senang nak cam dari jauh.. kalau boleh pakai baju yang sama warna atau corak dengan baju anak2.. senang nak buat rujukan kalau tetiba terlepas ka kan..
2. Mak pak tak digalakkan untuk bawak lebih dari satu beg. kalau dah anak berceretet tu hangpa jangan la dok bawak beg coach ka..gucci hat meleret2 besaq tu.. nak melawa pa g aih dah anak pun berceretet kan.. lain la hangpa ada pengasuh hat dok bayaq duit habuan nak jaga anak hangpa time dok jalan2 kat luaq.. hehe.. ( hat tu jangan nak amai sangat na.. )
3. Mak pak jugak kena la pandai bahagi tugas time dok kat luaq tu.. time mak nak p tngok handbag ka.. pesan kat pak siap2.. tolong tngok anak 5 minit na.. ( selalu lebih la.. pompuan la katakan.. kikikiki ) time pak plak x kalut sangat.. bukan dia ada pa pun nak beli.. spender pun lalu kot celah tu truih gawang tangan mana hat dan gapai ja amek truih p kat kaunter bayaq.. ( saya memerlukan masa yang agak lama kerana saya seorang selebriti yang mementingkan penampilan.. ( tok wan hang jaga penampilan.. !! )



     Selain itu juga.. banyak pihak yang patut bertanggung jawab dalam memastikan setiap tempat adalah tempat yang selamat,shopping mall ka boh bnyak skit cctv. Sekolah pun sama.. jadikan sekolah itu adalah tempat yang selamat untuk anak2 kita.

     Tempat2 mengasuh budak pun sama jugak. kena ada plan keselamatan anak2 yang dijaga la.. sentiasa kena berjaga2 jngan dok bagi budak2 main kat luaq ka sngt ka.. kalau nak main pun sentiasa ada pengawasan.

     Masyarakat pun bertanggungjawab dalam memastikan kes2 penculikan atau kehilangan anak ni dapat dibendung. Masyarakat kena la prihatin kalau nampak kejadian yang mencurigakan.. kalau takut nak p hentam orang yang nak culik tu ka.. sekurang2nya amek la no plat keta ka.. amek gambaq ka.. amek video ka.. atau paling kurang pun tipon la polis bagitau.

     Abang2 polis yang bergaya pun sama jugak kena main peranan dalam mengetatkan kawalan di kawasan2 yang ada bnyak budak2 nih.. taman permainan ka.. sekolah2 ka.

Tu ja la nak habaq mai kat hangpa semua.. sama2 la kita menjaga dan membendung kes2 penculikan yang amat merungsingkan kepala semua orang skrg nih.. kesian oo bila tiap2 hari dok tngok orang post kat fb pasai kes penculikan nih.. xleh bayang mcm mana perasaan mak pak yang kena.teriak kuaq darah oi.. Sekian terima kasih.. :)

-matlapan-

Tuesday, 19 August 2014

CRIME ALERT: TABUR DUIT, CURI DUIT

CRIME ALERT: TABUR DUIT, CURI DUIT



Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati, peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari.

Terbaharu, Polis mengesan satu taktik pelaku jenayah yang menabur wang kertas di atas jalan raya bagi mengumpan mangsa keluar dari kenderaan sebelum bertindak melarikan barangan berharga seperti wang tunai dan beg tangan yang diletakkan dalam kenderaan dinaiki.
Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

M.O
1. Suspek terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita
2. Suspek wanita akan mengetuk cermin pintu di bahagian pemandu dan menunjukkan terdapat wang bertaburan di tayar bahagian belakang kenderaan
3. Suspek lelaki akan keluar dari lokasi persembunyian dan meluru masuk ke dalam kereta untuk mengambil barang berharga semasa mangsa keluar melihat wang yang bertaburan.

Nasihat
1. Sekiranya anda diekori oleh mana-mana individu tidak dikenali jangan terus ke kenderaan. Alih perhatian suspek dengan menuju ke tempat yang selamat sehingga suspek hilang minat terhadap anda untuk dijadikan sasaran.
2. Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum menaiki kenderaan sekiranya anda bersendirian.
3. Jangan meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil dan jauh pandangan awam untuk ke sesuatu tempat membuat sebarang urusan.





Ilusi Optik yang power..! sama ker..? x sama ker..? pening dah pikir.. 



1 - Kotak ini sebenarnya menggunakan warna yang sama. letak jari anda di sempadan diantara dua kotak ini dan anda akan lihat warna kedua-dua kotak ini adalah sama. :)







2 - Julingkan mata anda dan anda akan melihat wajah seseorang.. 







3 -  Renung dibahagian hidung wanita ini selama 10 saat, kemuadian anda kelipkan mata dengan pantas sambil lihat ke kawasan yang putih. Anda akan dapati potret wanita ini dalam keadaan berwarna.







4 - Kereta - kereta ini kelihatan seperti berlainan size..



tetapi pada hakikatnya size ketiga-tiga kereta ini adalah bersize yang sama.. 



Ilusi Ponzo. Otak kita akan mentafsir size objek berdasarkan jarak yang kita lihat.Kereta ke-3 nampak lebih jauh,jadi sizenya lebih besar. 




5 - Anda tidak akan percaya jika saya katakan kotak yang bertanda 'A' dan 'B' sebenarnya berwarna kelabu yang sama.. 



Buktinya adalah seperti rajah dibawah...



Otak kita secara automatik akan menyesuaikan berdasarkan bayang-bayang sekitar warna. 



6 -  Ilusi ini dikenali sebagai 'Bilik Ames' dimana ilusi jarak dan kedalaman bilik tersebut. Ilusi ini terjadi apabila dinding belakang condong ke kamera dan syiling pula condong kebawah.. :)





7 -  Lihat di kawasan berpusar selama 30saat dan kemudian lihat pula foto dari filem Inception dibawah.. 







Merenung ke gambar yang berpusar dan bergerak membuatkan mata anda letih dan imej berpusar tersebut akan kekal di dalam mata selama beberapa saat dan gambar yang tidak bergerak akan kelihatan bergerak.. Hebat kan...? hehehe



8 -  Mata dinasor ini sentiasa mengikuti kemana saja anda bergerak.. ini gambar dinasor.. cuba bayangkan muka dinasor digantikan dengan muka hantu.. letak kan laman rumah.. confirm pencuri pun takut nak masuk.. ( jangan letak time hari raya sudah... tu sabotaj namanya.. hehehe.. ) 






9 - Kearah manakah kereta api ini bergerak?? Renung kearah keretapi selama 10 saat..dan kelipkan mata anda.. dan lihat kereta api akan bergerak kearah yang lain.. 






10 - Apakah penari di gambar tengah menari mengikut arah jam atau lawan jam? Jawapannya adalah kedua-dua arah..!! 



Dengan merenung sama ada penari di sebelah kiri atau kanan, anda boleh mengubah arah penari tengah berputar.



Tuesday, 12 August 2014

Tips dalam memilih warna cat untuk rumah anda

Tips Dalam Memilih Warna Cat Untuk Rumah Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..

Walaupun Hari Raya telah berlalu lebih 2 minggu, tetapi tempahan untuk servis cat tak pernah putus, sememangnya deko-deko xkan habis selagi anda ada otak yang kreatif dan sentiasa mementingkan keindahan dan keselesaan. :)

          Kali ini, EP nak kongsi skit ilmu dalam memilih warna cat yang sesuai dengan anda.
Untuk bukan beragama islam, pemilihan warna banyak ditentukan oleh feng shui dimana setiap warna mempunyai fungsi masing-masing dan atas tujuan yang tersendiri seperti murah rezeki dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Pertama - pastikan siap sisi ruang yang hendak dicat.Adakah anda mahukan warna yang sejuk atau yang panas. Ini adalah merujuk kepada mood yang anda inginkan. Warna panas biasanya merujuk kepada warna MERAH,OREN dan KUNING TERANG. Mood panas sebigini biasanya bertujuan untuk menaikkan mood aktif anda. warna begini tidak sesuai untuk digunakan untuk ruang yang memerlukan anda untuk konsentrasi kerana warna sebegini akan mengganggu mood anda untuk memberi tumpuan contohnya seperti di bilik bacaan.  Warna terang biasanya digunakan untuk ruang aktif dan lebih ceria penggunaan ruang tersebut. Untuk warna yang mood sejuk biasanya merujuk kepada warna lembut seperti warna hijau, unggu dan biru. Warna sebegini untuk menaikkan mood santai dan bersenang-senang anda setelah pulang dari kerja atau anda memerlukan sedikit keamanan. warna lembut mood sejuk ini amat sesuai untuk digunakan di
ruang yang santai seperti di ruang tamu, bilik tidur dan bilik bacaan. untuk bilik anak-anak disarankan menggunakan warna terang kerana sesuai dengan umur mereka yang suka berekplorasi dan sentiasa aktif.

Kedua - luangkan sedikit masa untuk meninjau persekitaran dalam rumah anda di ruang yang anda inginkan jalankan dekorasi. Ambil perhatian akan warna lantai,warna karpet utama warna perabot dan lain-lain. Pastikan warna yang anda pilih bersesuaian dengan warna barangan tersebut. Boleh dapatkan nasihat pakar samada ambil gambar ruang tersebut dan bawa ke kedai cat. Boleh juga emailkan gambar ruang rumah anda dan kami boleh beri sedikit bantuan dalam memilih warna yang sesuai untuk anda. :)

Ketiga - warna juga memainkan peranan dari segi dimensi. penggunaan warna yang salah akan menyebabkan mesej yang hendak disampaikan kurang jelas. Contohnya ruang yang sempit kalau dicat dengan warna yang gelap akan menyebabkan ruang akan lebih kecil . Oleh yang demikian tujuan penggunaan setiap ruang mesti dipastikan terlebih dahulu. Untuk ruang yang sempit lebih sesuai dengan warna yang cerah supaya ruang tersebut nampak luas dan tidak menyesakkan.

Keempat - Sebelum membeli cat, dinasihatkan supaya pengguna jangan membeli dalam kuantiti yang terlalu banyak. Cat di katalong dan hasil yang sebenar kadang-kadang amat berbeza. katalog biasanya menggunakan kertas jenis lincin dan warna yang kita lihat di katalog selalunya akan lari sedikit dari apa yang kita lihat. Cuba beli dengan kuantiti yang sedikit dahulu dan cuba cat di satu bahagian dan lihat kesesuaian cat dengan pilihan yang telah dibuat. PENTING!, apabila membeli cat di kedai, pastikan anda dapatkan kod warna cat setiap kali membuat pembelian bagi memastikan anda tidak tersalah beli cat dikemudian hari apabila cat yang dibeli tidak mencukupi atau ingin menambah kuantiti cat.

Kelima - Tips yang terakhir adalah sila pastikan dinding feature atau dinding utama dalam ruang yang anda hendak cat. Kebiasaannya dinding utama adalah warna komplemen atau warna yang lebih terang/gelap dari dinding yang lain di sekelilingnya.

Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman di atas.
Free to Comment and free to share.. peace..! :)